top of page

Fungsi dan Peranan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor

Untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara, memelihara keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat, JKDM Johor memainkan peranan seperti berikut:

1. Memungut Hasil Negara

 

Memungut hasil negara dalam bentuk cukai dan duti Kastam yang terdiri daripada duti import, duti eksport, duti eksais, cukai jualan, cukai perkhidmatan, levi keuntungan luar biasa, levi kenderaan dan hasil-hasil bukan cukai.

2. Memberi Fasilitasi Kepada Sektor Perdagangan dan Perindustrian.

Pelbagai kemudahan dalam bentuk insentif dan fasilitasi kepada sektor perindustrian dan perdagangan yang bertujuan untuk menjana ekonomi negara selaras dengan perubahan dasar kerajaan yang lebih mengutamakan sektor perindustrian telah disediakan JKDM Johor.

3. Memastikan Pematuhan Perundangan

JKDM Johor diberi kuasa untuk melaksanakan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Jualan 1972, Akta Cukai Perkhidmatan 1975, Akta Eksais 1976, Akta Zon Bebas 1990 serta perundangan subsidiari berkaitan dengan akta-akta tersebut. Adalah menjadi tanggungjawa utama JKDM untuk memastikan semua perundangan yang dikuatkuasakan dipatuhi sepenuhnya oleh pelanggan-pelanggan dan pihak yang berurusan dengannya.

VISI​

Menjadikan Perkhidmatan Kastam Malaysia Bertaraf Dunia Pada Tahun 2015.

 

Perkhidmatan Kastam bertaraf dunia bermaksud perkhidmatan yang telah mencapai taraf yang terbaik dengan melaksanakan amalan-amalan terbaik yang diterima pakai di peringkat global dan sentiasa berusaha untuk menambah baik secara berterusan dengan membudayakan amalan-amalan pengurusan kualiti menyeluruh serta memberi tumpuan yang tinggi terhadap kepuasan pelanggan. Disamping itu, perkhidmatan Kastam bertaraf dunia juga membawa pengertian sebagai suatu perkhidmatan yang mematuhi semua konvensyen, amalan dan prosedur Kastam antarabangsa. Perkhidmatan Kastam bertaraf dunia juga mestilah harmoni dengan konvensyen-konvensyen antarabangsa yang berkaitan dengan Kastam, mempunyai kerangka berkanun bagi menguatkuasakan perundangan tersebut bagi mencapai Misi JKDM.

MISI

 

Memacu Pertumbuhan Ekonomi, Memelihara Keselamatan Negara dan Kesejahteraan Rakyat Melalui Perkhidmatan Pungutan Hasil, Fasilitasi Perdagangan dan Perindustrian Serta Memastikan Pematuhan Undang-Undang Secara Cekap dan Berkesan.

 

Memungut hasil negara, memberi fasilitasi perkastaman  dan memastikan pematuhan perundangan adalah merupakan core business JKDM. Memungut hasil negara masih lagi merupakan tugas terpenting JKDM berbanding dua tuga yang lain. Tugas lain seperti memberi fasilitasi perkastaman dan memastkan pematuhan perundangan adalah merupakan elemen-elemen penyokong ke arah memperkemas dan memperteguhkan lagi tanggungjawab JKDM sebagai pemungut hasil negara. Fasilitasi perkastaman hanyalah diberikan kepada pihak yang layak sahaja dan syarikat yang mendapat  fasilitasi atau pengecualian pula perlu dikawal bagi memastikan mereka memenuhi syarat pengecualian atau fasilitasi supaya tidak kehilangan hasil. Selain itu, syarikat yang mendapat pengecualian akan meghasilkan produk kompetitif dan apabila produk ini dipasarkan, cukai akan dipungut oleh JKDM. Begitulah juga peranan dalam aspek pematuhan perundangan yang seharusnya boleh memberi sokongan ke arah memperkuatkan tugas JKDM sebagai pemungut hasil. Ketiga-tiga core business JKDM yang utama ini perlu dilaksanakan dengan cekap dan berkesan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara, memelihara keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

 

ETIKA PERKHIDMATAN

>> Amanah

>> Berkhidmat

>> Ikhlas

>> Dedikasi

 

Amanah Berkhidmat -

  • AMANAH berkhidmat kepada masyarakat, jabatan dan negara dengan bertanggungjawab dan jujur, tidak menyeleweng, menyalahgunakan kuasa dan pecah amanah.
  •  AMANAH di dalam berusaha membangunkan kemajuan diri dan perkhidmatan melalui penghayatan nilai-nilai ilmiah yang praktikal, dalam segala tindakan dan keputusan serta menjauhkan diri dari sikap negatif yang merugikan.
  • AMANAH dan tegas menegakkan kebenaran dan keadilan berlandaskan undang-undang dan peraturan,  yakin, sabar dan tenang menghadapi cabaran serta sentiasa berusaha mengelakkan diri dari  dikuasai pengaruh sentimen prasangka dan hasad dengki.

Ikhlas -

  • IKHLAS memberi kerjasama dan saling membantu dalam perkara-perkara yang baik dan berfaedah.
  • IKHLAS memberi dan menerima teguran yang baik serta bersedia mengakui kelemahan yang ada di samping berusaha untuk mengatasinya.
  • IKHLAS berkhidmat kepada masyarakat, Jabatan dan negara serta merasa bangga di atas segala tanggungjawab yang diamanahkan.

Dedikasi -

  • DEDIKASI dalam memberi perkhidmatan dengan menggunakan sepenuh daya, tenaga dan kesempatan ke arah melaksana dan menyempurnakan segala tanggungjawab.
  • DEDIKASI dalam mencari kemajuan dan berusaha ke arah perubahan yang baik untuk kepentingan kerjaya dan perkhidmatan.
  • DEDIKASI memimpin melalui teladan dan amalan yang luhur ke arah memupuk persefahaman, perpaduan, kerjasama dan semangat kekitaan espirit de corps di kalangan semua pegawai dan kakitangan.

All right reserved.

bottom of page